Program komuniti amal SACT dibawah naungan club crew Taiping terkini telah mengadakan satu program berbentuk amal jariah yaitu menyantuni anak2 yatim sekitar bandar Taiping pada 27 Mei 2018 dipusat Jagaan anak yatim Nur Qaseh di Ulu Sepetang Taiping Perak.Majlis berbuka puasa bersama2 anak yatim juga disertai bersama2 ahli2 SACt serta admin2 dan penaung SAct yaitu
En khairudeen@syeikhaddeen
Program bermula jam 5.30 pm dimulai dengan penyerahan barang2 keperluan harian dari para penyumbang yg perihatan khususnya dari kalangan ahli2 SACt sendiri. Pelbagai bentuk barangan dan keperluan dari sumber makanan sehingga ke keperluan harian seperti beras ,sabun ,berus gigi beserta ubat dan bahan makanan kering seperti roti keping dan pelbagai lgi barangan keperluan harian.
Juga ada dintara ahli menyumbang pakaian2 terpakai yg masih elok untuk diguna pakai.
Majlis kemudian di mulai dgn bacaan yaasin bg mencari keredhaan dalam bulan ramadhan ini dan selepas itu disambung pula dengan upacara tahlil dan bacaan doa selamat agar semua umat islam dilindungi hendaknya. Majlis disertai bersama oleh ahli SACt dan bersama2 anak yatim sekitar 40 org dan ahli crew seramai 30 orang.
Tepat jam 7.27 telah masuk waktu berbuka bg kawasan2 sekitar Ulu Sepetang dan majlis bacaan doa dimulakan oleh En Izackry Ajk SaCt. Katering untuk berbuka puasa ini ditaja oleh Al Fateh katering yg ditempah khas . Selesai menjamu selera kesemua peserta program dan anak yatim ke surau yg terletak ditingkat dan terus menunaikan solat maghrib berjemaah.
Selesai sudah menjamu selera masa untuk mengerjakan solat isyak dan terus membuat solat sunat tarawikh . Semasa solat tarawikh dijalankan Ajk SACt membuat satu lagi kejutan dgn memasak pencuci mulut atau makanan ringan(snek) untuk lewat malam .
Burger ayam dan daging yg dibakar dari terus dari rumah anak yatim sebanyak 90 biji disumbang kan oleh Ajk SACt Abg Chik burger dari Bagan Serai .
Majlis membakar dibantu oleh Ajk
Upacara selesai tepat jam 1000pm. Terimakasih kepada semua yg turun padang membantu. Terima kasih SACt. Kami tidak akan terhenti disini. Program ini akan diteruskan dari masa kesemasa. Dana bantuan sentiasa kami alu2 kan . TERIMA KASIH DAUN KELADI INSHALLAH KAMI AKAN DATANG LAGI NANTI JIKALAU UMUR PANJANG.
Moga Allah merahmati anda semua yg membantu.
Sekitar gambar2 menarik semasa majlis
Penaung skuad Crew Taiping terkini
Khairuddeen @ syeikhaddeen






















No comments:
Post a Comment