Thursday, 31 May 2018

Bantuan brim fasa 2



Bantuan Sara Hidup, 6 Jun 2018

Wartawan NSTP
cnews@nstp.com.my

SEJUMLAH 4.1 juta penerima akan menerima bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) peringkat kedua yang menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pada 6 Jun ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pembayaran itu membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.

“Kerajaan berharap dengan pemberian BSH ini dapat membantu rakyat membeli keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri nanti.



“Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini

Berdasarkan jadual pembayaran BR1M dikeluarkan kerajaan terdahulu, fasa kedua pembayaran dijadualkan pada 6 Jun ini membabitkan agihan RM400 untuk kategori isi rumah dan senarai e-Kasih dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, termasuk warga emas.

Kategori isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 pula bakal menerima bayaran RM300.

Fasa ketiga pembayaran BR1M kepada kedua-dua kategori terbabit, yang membabitkan agihan kadar sama adalah pada Ogos ini.

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/05/344861/bantuan-sara-hidup-6-jun#cxrecs_s



.crew Taiping terkini
Kami x ramai tapi kami bersatu

Monday, 28 May 2018

Komuniti amal crew Taiping terkini (SACt)



Program komuniti amal SACT  dibawah naungan club crew Taiping terkini telah mengadakan satu program berbentuk amal jariah  yaitu menyantuni anak2 yatim sekitar bandar Taiping  pada 27 Mei 2018 dipusat Jagaan anak yatim Nur Qaseh  di Ulu Sepetang  Taiping Perak.Majlis berbuka puasa bersama2 anak yatim juga disertai bersama2 ahli2 SACt serta admin2 dan penaung SAct yaitu 
En khairudeen@syeikhaddeen

Program bermula jam 5.30 pm  dimulai dengan penyerahan barang2 keperluan harian dari para penyumbang yg perihatan khususnya dari kalangan ahli2 SACt sendiri. Pelbagai bentuk barangan dan keperluan dari sumber makanan  sehingga ke keperluan harian seperti beras ,sabun ,berus gigi beserta ubat dan bahan makanan kering seperti roti keping  dan pelbagai lgi barangan keperluan harian.
Juga ada dintara ahli menyumbang pakaian2 terpakai yg masih elok untuk diguna pakai.


Majlis kemudian  di mulai dgn bacaan yaasin  bg mencari keredhaan dalam bulan ramadhan ini  dan selepas itu  disambung  pula  dengan  upacara tahlil dan bacaan doa selamat  agar semua umat islam dilindungi hendaknya. Majlis disertai bersama oleh ahli SACt  dan bersama2 anak yatim  sekitar 40 org   dan ahli crew seramai 30 orang. 




Tepat jam 7.27  telah masuk waktu berbuka bg kawasan2 sekitar Ulu Sepetang dan majlis bacaan doa dimulakan oleh En Izackry  Ajk SaCt. Katering untuk berbuka puasa ini ditaja oleh Al Fateh katering yg ditempah khas . Selesai menjamu selera kesemua peserta program dan anak yatim ke surau yg terletak ditingkat  dan terus menunaikan solat maghrib berjemaah.




Selesai sudah menjamu selera  masa untuk mengerjakan solat isyak dan terus membuat solat sunat tarawikh . Semasa solat tarawikh dijalankan Ajk SACt membuat satu lagi kejutan dgn memasak pencuci mulut atau makanan ringan(snek) untuk lewat malam .
Burger ayam dan daging  yg dibakar dari terus dari rumah anak yatim sebanyak 90 biji disumbang kan oleh Ajk SACt Abg Chik burger dari Bagan Serai . 
Majlis membakar dibantu oleh Ajk 





Upacara selesai tepat jam 1000pm. Terimakasih kepada semua yg turun padang membantu. Terima kasih SACt. Kami tidak akan terhenti disini. Program ini akan diteruskan dari masa kesemasa. Dana bantuan sentiasa kami alu2 kan  . TERIMA KASIH DAUN KELADI  INSHALLAH  KAMI AKAN DATANG LAGI  NANTI  JIKALAU UMUR PANJANG.
Moga Allah merahmati anda semua yg membantu.


Sekitar gambar2 menarik semasa majlis 













Penaung skuad Crew Taiping terkini
Khairuddeen @ syeikhaddeen

Kemaskini brim 2018

Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 201 8 Online Untuk makluman, p enerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemaskini ...